Wednesday, January 25, 2012

SERIOUSLY?! Wadehel

Assalamuaalaikum.

Baru baru ini. Saya sedar satu perkara yang sangat menyakitkan hati saya sendiri tentang diri saya sendiri. (Ya. Saya sangat self centered)

Saya sangat tidak suka berkongsi.

Bukan. Bukan berkongsi makanan atau pakaian dan sebagainya. Itu tidak menjadi masalah. Eh malahan, saya suka berkongsi.

Saya cuma sangat tidak suka berkongsi perkara-perkara bodoh yang sangat terlalu remeh temeh. Disebabkan hal yang bodoh ini, maka saya berasa sangat marah dengan diri saya sendiri yang ternyata bodoh kerana terganggu dengan hal yang bodoh dan remeh temeh ini.


Contoh pertama :

Saya benci bila orang lain panggil nama kawan yang saya dah cop dulu. Wadehel lah masalah saya ni, saya sendiri tidak dapat kenal pasti.

Kisah : Nama kawan saya Ranggunperjoyojono. Orang lain panggil dia Ranggun. Tapi saya panggil dia Jay. Bila orang lain panggil dia Jay jugak, saya rasa sakit hati. SERIOUSLI?! Saya sangat gila dan berkemungkinan besar, mempunyai penyakit mental.

Defend : Sebab saya tak suka berkongsi perkara yang remeh. SERIOUSLI?!



Contoh kedua :

Saya rasa sangat sakit hati apabila saya melihat orang lain memakai barang saya yang mempunyai nilai sentimental kepada saya. Walaupun sedikit, tapi saya sangat psycho begini. Wadehel lah masalah saya.

Kisah : Kawan saya secara tidak sengaja memakai gelang 'Bob Marley' yang saya beli di Langkawi semasa saya berada di Tingkatan 4. Saya rasa sangat nak marah...SERIOUSLI?!

Defend : Sebab gelang itu, perkara pertama yang saya beli semasa kaki saya menjejaki tanah Langkawi. Tapi sememangnya bangang lah perangai saya ini. Peguam defender memang kalah teruk lah begini.



Contoh ketiga :

Saya sangat benci benci sangat teramat sangat terlalu jika orang lain membaca buku novel saya. Ya. Walaupun buku itu adalah buku untuk kanak-kanak. Perangai ini tersangat teramat terlalu wadehel sehingga saya rasa nak lempang pipi saya sendiri sehingga gigi geraham saya tercabut.

Kisah : Adik saya masuk ke dalam bilik saya, ambil buku Secret Seven by Enid Blyton saya, dan baca di dalam bilik nya. Saya boleh rasa kegeraman membuak buak di dalam dada saya. Mungkinkah itu gara-gara Encik Syaitan saya tidak pasti. Tetapi..SERIOUSLI?!

Defend : Entah. Mungkin buku, apa-apa saja buku milik saya, adalah milik saya.Walaupun saya sudah tua bangka bangku kerusi untuk membacanya, tetapi, itulah saya cakap, perangai saya ini memang sangat ARGH! SERIOUSLI?!


See, saya nak berubah. Saya akan cuba. Bukan cuba sahaja, saya AKAN LAKUKAN! Sebab, perkara ini terlalu bodoh dan remeh temeh, sehingga proses melipat kertas kepada dua bahagian kedengaran lebih sukar daripada masalah ini. Semoga saya mampu menangani masalah 'SERIOUSLI?! wadehel' ini.

Assalamuaalaikum.