Thursday, March 31, 2011

dah lama simpan ni...

Bismillahirahmanirrahim..

Ya Allah..kau, Maha Mengetahui Ya Allah niat hambaMu yang lemah ini. Aku mohon semoga Kau membuka hijab pandangan mereka daripada terkabur dengan tulisanku ini. Ya Allah, padamu aku bermohon, padamu aku serah segalanya. Kau tentukanlah dosa pahalaku ini kerana SubhannAllah, padamu aku memohon keampunan wahai Ya Rahman yang Maha Adil lagi Maha Pengampun.

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


sher nak tulis mende ni bukan ape.. datang mimpi semalam. woi bukan mimpi tulah...korang teruk ehh! hahaha. takut ni..sorry tau kalau terasa. demi nama Allah..bukan niat sher nak bajek alim ke ape..alimah jongang pun bukan :P

ok serious.

sher bukan la budak maahad yang boleh kemukakan hadis macam2 nak bagitau kat korang. yang sher letak tu pun, search dari internet. tapi sebagai kawan yang sayang kawan dia, sher rasa macam salah tau kalau tak cakap. tapi malu pulak nak cakap depan2. cakap belakang2 tak baik. so, inilah..

nope saya tak perfect. sher ni pun jahat. in fact sher rasa sher lagi jahat dari orang yang tak pakai tudung. Sher pakai tudung, tapi lengan nampak. mulut tak jaga (god's heaven), pergaulan tak jaga, tengok cite sexy2, baca manga sexy2, tengok video sexy, zina mata, zina hati, zina telinga, semua sher buat..aihh macam2 laaa. tapi kita start slow2 lah. dan satu la prinsip sher. hidup kita ni, banyak lagi kita nak buat dosa. mana yang kita boleh elak, kita elak lah.

tudung. antara yang bagi sher, boleh sher elak dari terus dapat dosa free.

sher rasa ada beberapa sebab u ol taknak bertudung.

1. tak nak hipokrit
ni memang alasan biasa yang diutarakan bila tanya kenapa. hipokrit. korang fikir ye. korang tak nak hipokrit dengan diri korang tapi korang hipokrit dengan Allah S.W.T tu..takpe ke?

2. rimas sebab cuaca Malaysia panas
tak pernah lagi kuar kat berita "KEPALA WANITA MELETUP KERANA TERLALU PANAS BILA PAKAI TUDUNG." penah ke korang baca? sebenarnyekan, bile korang bertudung, tudung tu akan kaver pale korang dari panas. dan bila korang pakai tudung, peluh yang meleleh leleh kat leher tu, tak nampak. haaa. kan bagus? ala kalau panas pun, sikit je. jadikan kursus untuk ke neraka nanti. yelah tiket free kan. (eh hello, i pun skali okay join kursus ni.pliss jangan terasa u saja. i yang tulis ni pun terasa sendiri. oh malunya ~.~)

3. tak cukup hot kalau tak pakai tudung


ha. takcukup hot ke ni! alahai..comel nye.

ni i cukup marah bila i dengar orang cakap. tapi i pemalu. i marah dalam diam je lah. tudung sekarang ni pelbagai jenis weh. baju skarang ni, pelbagai fesyen. cantik weh kalau bertudung..serious.sejuk mata memandang. walaupun tak boleh la nak ukur dgn thermometer paras kesejukan tu MTL -___-".. tapi alaaa tgk yuna tu. tak hot ke! meletup kottt...pastu kan, muka yang gangster nanti nampak ayu tetiba. jerawat2 kat tepi pipi tu akan dikaver oleh tudung so tiba2 muka nampak licin walau hakikatnya 'OMAGAD!', muka yang bulat, akan nampak bujur. kecantikan mu akan terserlah weh.this, i janji.

4. tak ready lagi
kalau u cakap masa umur 16 okay i terima. kalau umur 20 cakap tak ready lagi..macam err sikit tau. so, since tudung tak ready lagi nak pakai, adakah u dah ready nak mati? dah ready nak jawab dengan mungkar nangkir nanti? dah ready nak dihisab dosa pahala u? dah ready dah part tu? kalau belum, start la ready sekarang untuk pakai tudung. :)

eh i and they all yang bertudung pun tak ready jugak. tapi at least, kalau bertudung, satu part kita dah tunaikan.

5. hello, i got tetek besar. tak hot la kalau kaver.
ni..kawan aku sendiri cakap ni. aku gelak macam setan dengar die cakap. aku cakap simple je ngan die. memang tetek ko besar doh. sebab tu ko hot. baju ketat, aku pun berdebar je jantung tengok. tapi... nanti lepas ko kene rogol dengan mat rempit ke..mat bangla ke..sape2 ke..hot lagi ke ko lepas tu? sexy ko tu yang attract perogol. nanti dah kene rogol, ko nak salahkan mamat tu. padahal..asal usulnye salah ko naikkan nafsu die. haaaaaa! lu pikio la seniri! (skrg die dh pakai tudung btw. tehee!)

6. rambut i gugur kalau pakai tudung.
oh berdok'oh. sekarang ni dah macam2 jenis shampoo ade kat kedai. yang khas untuk bertudung pun ada. ala. dah pakai tudung tu, pandai2 la jaga rambut tu. sama je rasanya in fact lagi senang dari tak bertudung. shampu, kering. tu je keje. kalau tak bertudung..kene ikat gaya apelah, takpun nak kene straighten lah apelah. kan banyak keje kan?

7. bertudung tapi perangai setan tidak berguna jua
so tak bertudung perangai setan berguna lah? hahah tak la. okay ambik sher lah sebagai contoh.tudung tak tudung tapi, kalau dah setan tu..ini salah diri sher sendiri yang tak tahan godaan setan.T_T. tapi yang penting, sher tunaikan tanggungjawab yang Allah dah firmankan dalam surah annur 24:31. kalau korang perangai baik, pastu korang bertudung. kan lengkap? kalau korang ala2 sher yang jahat tak jahat, baik tak baik, pastu korang bertudung, kira lengkap lah jugak walaupun separuh kan? kalau korang perangai dah setan, tudung tak pakai, so camne ni?

8. kalau pakai tak ikhlas, sama macam paksa ah weh!
betul..betul..kita nak buat something, kene ikhlas baru dapat keredhaan Allah. tapi ni soalan, ikhlas tu apa sebenarnya? macam mana kita nak terangkan maksud ikhlas yang sebenar benar benorrrnye! horr. contohnye semayang. dude, be honest la. kadang2 kita rasa malas kan? so time kite semayang masa malas tu, ikhlas ke tidak? tapi kita terpaksa buat jugak. dan bila kita selalu paksa diri kita gi semayang walaupun malas, lama2 mende ni jadi habit kan? bila dah habit, hilang rasa malas. bila hilang rasa malas, kita sentiasa buat. so tak timbul soal ikhlas ke tidak weh. sama la hal nya dengan bertudung ni.

9. tak sampai seru lagi
Allah dah berfirman dalam al-quran. surah annur, surah luqman pun ada rasanya. itu dah dikira seruan la tu. Amboi wak..takkan nak tunggu malaikat muncul depan mata baru cakap seru dah sampai? alasan ni memang seriously la sher bengang. especially kalau artis cakap. hotok die. nak seru seru. ingat misha omar ke nak seru seru? (marah kat artis sebab dorang tu role model..haktuihh. bukan nak bagi contoh yang baik. ==)

banyak lagi laaaa kan?

okay okay tengok mira nath. die dah cantik dah dulu. rambut oren, pakaian sedap, badan sedap nyummy gitu. sekarang Allah dah turunkan hidayah kat dia, dah pakai tudung. mak aih bukan main lagi...yang asal usul dah cantik tu kan, makin cantik. yang vogue dulu tu kan, makin vogue tau. tak OGL langsung ni! serious!

maksudnye, korang dah cantik, pretty, ayu, cun, sexy, menggiurkan aww, nak lagi boleh, beautiful, cute dah sekarang. SERIOUS TAK TIPU. walaupun muka berminyak sikit, tapi still cantik! TAPI, kalau korang menutup rambut tu ha, lagilah cantik dengan an-Nur. aicewah.

and babes. takpe weh kalau tak pakai tudung. tapi mulut and fikiran tu jaga okay? pasal agama ni, kita kene la jage walaupun perangai kita macam setan takpe. agama tu penting. sebenarnye, main point post ni adalah, "agama ni tiang kehidupan, majulah sukan untuk negara!" sorry korang kalau terasa. sorry eh? nak tujukan kat orang lain yang takde kaitan dengan circle kita pun.

lagipun, kalau korang pakai tudung, boleh join The Hijabsters! :)